A Great Birthday Present at Saint Petersburg
Perjalanan dari Moscow ke Saint Petersburg memakan masa selama 8 jam dengan menaiki keretapi malam. Sengaja aku pilih keretapi malam supaya dapat menjimatkan masa perjalanan dan kos penginapan untuk satu malam. Suhu di luar kira-kira 2 darjah celcius. Kami tiba di St. Petersburg keesokan paginya kira-kira jam 7 pagi. Tanpa membuang masa, kami mencari loker berkunci yang disediakan di stesen keretapi utama St. Petersburg. Selesai menyimpan bagasi dan membeli sedikit makanan di kedai serbaneka berdekatan, kami menikmati kopi panas yang dibeli di mesin vending. Terasa sangat nikmat. Seterusnya, kami terus menuju ke Palace Square di tengah-tengah kota St. Petersburg di mana ia merupakan tempat berjumpa bagi Free Walking Tour yang kami tempeh sebelum ini. Seorang lelaki telah sedia menunggu kami sambil memegang sepanduk “Free Walking Tour”. Orangnya tinggi, fasih berbahasa Inggeris dan namun agak kurang dengan senyuman. Free Walking Tour ini adalah percuma. Sekiranya anda berp...