Tips Visa ke Rusia: Double Entry
Ramai yang memilih untuk memohon Single Entry Visa ke Rusia daripada Double Entry Visa kerana ia lebih mudah dan kurang memeningkan. Di sini saya ingin kongsikan cara-cara memohon double entry visa ke Rusia. Apa yang anda perlukan ialah: 1. Wang 2. Kesabaran 3. Kesabaran 4. Kesabaran Ya, anda perlukan wang dan kesabaran kerana ia akan sedikit memeningkan anda. Anda perlu merancang perjalanan keluar masuk anda. Tidak ada istilah meredah apabila melibatkan visa ke Rusia. Baik, mari kita lihat satu persatu apa yang anda perlukan dan bagaimana caranya: 1. Tiket keluar dan masuk Tiket penerbangan atau train bagi setiap keluar masuk. Contoh: Saya membeli tiket penerbangan pergi balik dari Vietnam ke Moscow. Say juga membeli tiket train ke Helsinki setelah tiba di Moscow dan membeli tiket masuk ke Moscow semula melalui Estonia Contoh tarikh keluar dan masuk adalah seperti berikut: 1st Entry : ...