Tips Visa ke Rusia: Double Entry

 


Ramai yang memilih untuk memohon Single Entry Visa ke Rusia daripada Double Entry Visa kerana ia lebih mudah dan kurang memeningkan. Di sini saya ingin kongsikan cara-cara memohon double entry visa ke Rusia. Apa yang anda perlukan ialah:

1. Wang
2. Kesabaran
3. Kesabaran
4. Kesabaran

Ya, anda perlukan wang dan kesabaran kerana ia akan sedikit memeningkan anda. Anda perlu merancang perjalanan keluar masuk anda. Tidak ada istilah meredah apabila melibatkan visa ke Rusia. Baik, mari kita lihat satu persatu apa yang anda perlukan dan bagaimana caranya:

1. Tiket keluar dan masuk

  • Tiket penerbangan atau train bagi setiap keluar masuk. Contoh: Saya membeli tiket penerbangan pergi balik dari Vietnam ke Moscow. Say juga membeli tiket train ke Helsinki setelah tiba di Moscow dan membeli tiket masuk ke Moscow semula melalui Estonia
  • Contoh tarikh keluar dan masuk adalah seperti berikut:
       1st Entry  : 8 Nov 2015 - HCM to Moscow
       1st Exit     : 11 Nov 2015 - St. Petersburg to Helsinki
       2nd Entry : 14 Nov 2015 - Tallin to Moscow
       2nd Exit    : 15 Nov 2015 - Moscow to HCM

2. Hotel Booking

  • Setelah anda pasti dengan jadual perjalanan anda, sila buat tempahan bilik di Rusia. Jika anda menetap di 3 bandar, maka buat tempahan di setiap bandar tersebut

3. Invitation Voucher

  •  Saya cuba mendapatkan voucher daripada hostel yang saya tempah, malangnya ia tidak percuma dan sedikit mengelirukan. Jadi, cara mudah ialah dengan membeli di waytorussia.net. Harganya ialah 30USD bagi kedua-dua single dan double entry.
  • Semasa mengisi maklumat dalam online form, sila pastikan tarikh keluar masuk anda adalah sama seperti tarikh tiket anda. Untuk double entry, perlu ada tarikh untuk Enter1 dan Exit1 dan juga Enter2 dan Exit2. Jangan silap! 
  • Isikan juga maklumat penginapan anda mengikut bandar yang anda kunjungi. Terdapat senarai hotel dan hostel yang boleh anda pilih.
  • Mungkin hotel anda tiada dalam senarai. Jangan bimbang. Semak senarai hotel tadi dalam booking.com. Sekiranya ada, tempah di booking.com yang mempunyai free cancellation. Kemudian pilih dalam senarai waytorussia.net. Selepas visa anda lulus, anda boleh membatalkan tempahan di booking.com. Ia hanyalah untuk formality. Sekiranya anda melakukan kesilapan semasa mengisi maklumat dan telah membuat pembayaran, anda boleh email atau online chat dengan realrussia.co.uk (di mana voucher ini dikeluarkan) dan minta mereka membuat pembetulan tanpa cas tambahan. Mereka sangat-sangat membantu!
Invitation Voucher - Pastikan tarikh di sebelah kiri sama dengan sebelah kanan

3. Permohonan Visa Online

  • Layari website visa ini dan isikan maklumat peribadi anda. Berikut ada perkara yang anda perlu isi dengan betul:

Online Form - Semak setiap maklumat yang diisi. Pastikan nombor passport dan tarikh keluar masuk juga tepat.
a) Nama Penuh
  • Sekiranya nama anda di dalam ada Binti seperti saya, isikan Sarah Binti pada First Name dan Abdul Kadir pada Second Name

b) Route
  • Laluan dan bandar yang anda akan kunjungi. Contoh, Moscow, St. Petersburg

c) Host of Organization

  • Setelah membuat pembayaran di waytorussia.net, anda akan menerima email yang mengandungi 2 file. Pertama, Invitation Voucher. Kedua, Registering. Di Registering ada tertera nama dan alamat East West Link. Isikan maklumat tersebut seperti yang tertera.Semak Invititation Voucher. Terdapat Reference Number dan Confirmation Number. Untuk pengisian borang, isikan Referrence Number dengan nombor di bahagian atas sekali, halaman sebelah kanan. Manakala Confirmation Number pula ada nombor rujukan East West Link iaitu 000381.
  •  Setelah setelah mengisi borang, simpan fail dalam bentuk PDF dan semak semula. Jangan lupa lekatkan gambar berukuran pasport dan turunkan tandatangan menggunakan ballpen biru!
  • Setelah penyediaan dokumen selesai, sila bawa dokumen tersebut berserta passport yang sah ke Pejabat Kedutaan Rusia di Jalan Ampang. Kadar bayaran untuk double entry adalah RM328. Waktu berurusan adalah pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat (9.30 pagi hingga 1.00 tengahari). Disebabkan beberapa kesilapan yang saya lakukan, akhirnya saya terpaksa membayar 2x ganda bagi mendapatkan Visa Ekspres iaitu sebanyak RM656. Menangislah saya di situ. Jadi, diharap anda tidak mengulangi kesilapan saya.

Nota tambahan: Anda hanya boleh menghantar permohonan 15 hari sebelum tarikh berlepas. Sekiranya terlalu awal, kemungkinan besar anda akan disuruh pulang dahulu dan datang kemudian. Suka saya nasihatkan supaya anda datang sedikit awal dari tarikh 15 hari tersebut untuk menyemak semua dokumen anda kerana mereka sangat cerewet!

Selamat Mengembara!

Comments

Popular posts from this blog

Advance Open Water Course @ Turtle Bay Divers, Perhentian

Kota Kinabalu Trip (21-25 Feb 2013) : Day 2 and 3 - Mount Kinabalu Climb Part II