Tips Bajet Traveling - Cara Saya
Apabila
bercakap soal traveling ni, ramai berpendapat yang ia memerlukan bajet
yang besar serta cuti yang panjang lebih-lebih lagi apabila ke negara
yang kadar matawangnya lebih tinggi berbanding Malaysia. Soalan-soalan
seperti "Banyaknya duit kau" atau "Banyaknya dan senangnya kau dapat
cuti" memang biasa ditanyakan pada saya. Juga alasan-alasan seperti
"Anda seorang single" atau "Takpelah, kau tak ada komitmen" acapkali
kedengaran dan terus terang saya katakan, ia adalah memualkan. Kalau
anda kenali ramai traveler lain kebanyakan mereka telah berkeluarga dan
itu bukanlah alasan untuk tidak mengembara. Pendek kata, semua itu
adalah kerana minat dan keinginan. Selebihnya terpulang pada usaha anda
sendiri.
Ini
ada sedikit tips yang boleh saya kongsikan, mengikut cara dan
pengalaman saya yang tidak seberapa ni. Ramai travelers lain yang
hebat-hebat juga mempunyai cara mereka sendiri.
1. Kenalpasti Destinasi Anda
Penting untuk anda mengetahui arah tujuan anda. Ini kerana segala perancangan dan bajet anda adalah tertakluk kepada destinasi yang hendak dituju. Lain negara lain keperluannya dan lain pula ongkosnya. Sebagai contoh, anda tidak boleh menggunakan anggaran kewangan yang sama sekiranya hendak ke Jepun berbanding dengan Indonesia.
2. Pilih Tarikh yang Betul
Anda ada kalendar bukan? Kalau tidak ada gunakan SEO untuk cari kalendar bagi tahun terbaru ataupun untuk tahun hadapan. Kenalpasti tarikh-tarikh cuti umum yang jatuh pada akhir minggu atau awal minggu. Anda mungkin perlu memohon cuti sebanyak satu hari sahaja bagi lima hari percutian sekiranya cuti umum jatuh pada hujung minggu. Apabila anda telah mengenalpasti tarikh-tarikh tersebut, maka anda boleh memulakan pencarian tiket penerbangan untuk dipadankan dengan harga, tarikh dan juga musim-musim di negara yang hendak dituju. Jangan pula anda ke Filipina sekiranya anda tahu tarikh tersebut merupakan musim bagi Taufan Typhoon sering melanda negara tersebut. Ingat, pilih destinasi yang selamat.
Pilih
tarikh yang berbulan ke hadapan. Mungkin agak berisiko jika anda takut
cuti anda tidak lulus dan sebagainya. Jika anda tidak ke mana-mana pun
belum tentu cuti anda akan lulus. Dengan cara ini, anda hanya membayar
harga tiket sahaja. Sementara menunggu tarikh percutian, anda boleh
memulakan menabung mengikut bajet yang dianggarkan.
3. Jadilah Pemburu Murah@Bargain Hunter
Seboleh-bolehnya belilah tiket penerbangan dengan harga promosi. Tidak perlulah beli tiket yang mahal jika anda tahu anda tidak mampu. Tidak kiralah sama ada Malaysia Airlines mahupun AirAsia. Anda juga boleh memulakan carian menggunakan SEO seperti http://ebookers.com/ atau http://cheapflights.com/ untuk melihat harga lain dari syarikat penerbangan lain. Biasanya saya hanya menggunakan SEO ini untuk rujukan, kemudian membeli tiket secara terus menerusi website syarikat penerbangan berkenaan. Cara transit kadangkala lebih murah berbanding penerbangan terus lebih-lebih lagi bagi penerbangan jarak jauh. Lagipun tidak semua syarikat penerbangan menawarkan penerbangan terus.
4. Rancang Laluan Anda
Selepas memilih destinasi untuk penerbangan, anda juga perlu mengetahui tempat-tempat menarik yang hendak dituju. Anda boleh membuat itinerari sendiri berdasarkan tempat dan jarak masa yang diperlukan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Gunakan Google Maps untuk menganggar jarak perjalanan anda dan kenalpasti mode pengangkutan yang boleh digunakan. Namun begitu, anda tidak semestinya perlu mengikut itinerari tersebut 100%. Ia perlu disesuaikan mengikut masa, keadaan, dan juga bajet anda.
Peta Bandar mudah didapati di hotel atau tempat awam
5. Tempahan Pengangkutan dan Bilik
Seterusnya anda boleh membuat tempahan bagi pengangkutan anda. Biasanya ia hanya dilakukan bagi perjalanan jarak jauh yang mana boleh dibeli secara atas talian. Ada juga negara yang tidak banyak menawarkannya dan memerlukan anda membeli di kaunter. Sekiranya anda risau akan kehabisan tiket, maka bolehlah beli secara atas talian. Jika tidak, memadailah dengan meredah sahaja.
Untuk
tempahan bilik pula, terpulang pada keselesaan masing-masing.
Backpackers seperti saya hanya memadai dengan menempah dorm sahaja.
Lebih menjimatkan dan anda berpeluang mengenali traveler lain dalam
bilik anda. SEO seperti http://www.agoda.com/ atau
http://www.booking.com adalah yang paling gemar saya gunakan. Ia
menawarkan harga bilik yang berpadanan dengan bajet anda, maklumat
tentang lokasi, fasiliti, dan juga rujukan daripada mereka yang pernah
menginap sama ada ia adalah hotel/hostel yang bagus. Selain itu,
kebanyakan bilik menawarkan Free Cancellation sekurang-kurangnya 2 hari
sebelum tarikh menginap. Sekiranya anda menemui bilik yang lebih bagus
dan murah, anda boleh membatalkan tempahan tersebut tanpa sebarang
bayaran. Hati-hati, bukan semuanya percuma. Ada juga yang meletakkan
'Special Condition'. Semak betul-betul sebelum anda teruskan membuat
tempahan. Akibat kecuaian, saya pernah tersalah membuat tempahan dan
terpaksa membayar untuk itu.
Ada
yang suka meredah sahaja, tapi saya lebih gemar menempah terlebih
dahulu bagi menjimatkan masa dan mengelak sebarang kesulitan.
Sekurang-kurangnya mudah bagi saya bertanyakan arah tujuan pada
orang-orang tempatan.
6. Pengangkutan Awam
Sebaiknya gunakanlah pengangkutan awam seperti bas dan keretapi yang mana lebih murah dan cepat. Elakkan mengambil teksi melainkan jika betul-betul tiada pengangkutan yang lain. Bagi kebanyakan negara maju, pamplet bagi pengangkutan awam sangat mudah untuk didapati untuk rujukan anda.
8. Travel Mate@Rakan Kembara
Ini juga adalah penting. Sekiranya anda mempunyai rakan yang cerewet, tidak menepati masa dan juga banyak songeh, maka elakkan mengembara bersama mereka. Sekiranya rakan anda tidak boleh bercuti secara bajet, walaupun mereka itu tidaklah kaya mana, juga elakkan kembara bersama mereka. Kelak, percutian anda menjadi tidak seronok akibat sentiasa bermasam muka.
Jangan terlalu banyak membawa wang tunai. Sekiranya anda telah melengkapkan itinerari anda, maka cuba bawa sekadar yang minima sahaja. Bawa sedikit lebih dalam matawang yang mudah ditukar di negara yang anda ingin pergi, hanya untuk kecemasan. Kad kredit juga penting untuk kecemasan. Namun, elakkan menggunakannya sekiranya tiada keperluan. Anda hanya menambahkan hutang anda apabila pulang ke tanah air kelak.
10. Makanan Segera
Ia perlu bagi negara yang sukar mendapatkan makanan halal. Sebagai Muslim, perkara ini amat penting untuk dijaga selain ia membantu menjimatkan sedikit perbelanjaan. Namun, sekiranya anda rasa ia berat untuk dibawa memadailah anda membeli apa sahaja yang dirasakan halal di sana nanti. Itupun jika anda tidak cerewet tentang makanan.
11. Shopping
Beli sekadar yang perlu. Tanya balik pada diri anda sama ada anda ingin travel atau shopping. Tepuk dada dan tanyalah selera. Sekiranya nafsu shopping anda adalah nafsu serakah, maka ke mana-mana tempat yang anda pergi sekalipun wang anda tetap tidak akan mencukupi. Dan jangan pula nanti anda komplen tidak cukup bajet untuk travel lagi pula.
12. Keperluan Kesihatan dan Keselamatan
Penting untuk kekal sihat sepanjang perjalanan. Alangkah ruginya sekiranya anda sakit dan hanya terperap di bilik sepanjang tempoh percutian. Bawalah ubat-ubatan asas mengikut keperluan kesihatan anda lebih-lebih lagi jika anda mengalami alergi tertentu.
Keselamatan
juga penting. Sentiasa bawa padlock untuk mengunci barang-barang anda
sekiranya hotel tidak menyediakan peti keselamatan. Apabila anda
berjalan, pastikan dokumen perjalanan anda dijaga dengan baik. Anda juga
boleh mengambil Travel Insurance untuk melindungi perjalanan anda. Ada
pelbagai pilihan insurans yang memberikan pakej yang bagus serta harga
berpatutan. Mungkin ada yang rasa perlu dan ada juga tidak. Terpulang
pada anda kerana malang itu tidak berbau.
13. Jangan Malu Bertanya
Sekiranya anda memerlukan informasi lain yang anda rasa tidak cukup, silalah bertanya pada rakan-rakan atau dalam forum-forum berkaitan. Tapi jangan pula bertanya dan mengharapkan mereka akan spoon feed anda. Tanyalah soalan setelah anda benar-benar membuat research yang mencukupi. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang anda perlu tahu. Faham maksud saya, bukan?
14. Keperluan Jiwa
Ke mana pun anda pergi, jagalah solat anda. Sentiasa memohon kepada Tuhan agar perjalanan anda dilindungi. Sebaik mana pun perancangan anda tetapi Tuhan itu adalah sebaik-baik perancang. Anda boleh install aplikasi waktu solat dan kiblat sebagai panduan.
Mulakan
kembara anda ke destinasi di dalam negara dan juga negara yang
berdekatan dahulu. Cari pengalaman serba sedikit, kemudian barulah
rancang kembara yang lebih extreme. Tidak perlu percutian yang mahal
sekiranya anda tahu menikmati keseronokan. Pengalaman itu yang paling
berharga, buat anda ceritakan kepada rakan-rakan dan generasi anda akan
datang.
Ini adalah Cara Saya. Cara orang lain berlainan pula.
Selamat Mengembara!
Comments
Post a Comment