Posts

Tips Visa ke Rusia: Double Entry

Image
  Ramai yang memilih untuk memohon Single Entry Visa ke Rusia daripada Double Entry Visa kerana ia lebih mudah dan kurang memeningkan. Di sini saya ingin kongsikan cara-cara memohon double entry visa ke Rusia. Apa yang anda perlukan ialah: 1. Wang 2. Kesabaran 3. Kesabaran 4. Kesabaran Ya, anda perlukan wang dan kesabaran kerana ia akan sedikit memeningkan anda. Anda perlu merancang perjalanan keluar masuk anda. Tidak ada istilah meredah apabila melibatkan visa ke Rusia. Baik, mari kita lihat satu persatu apa yang anda perlukan dan bagaimana caranya: 1. Tiket keluar dan masuk Tiket penerbangan atau train bagi setiap keluar masuk. Contoh: Saya membeli tiket penerbangan pergi balik dari Vietnam ke Moscow. Say juga membeli tiket train ke Helsinki setelah tiba di Moscow dan membeli tiket masuk ke Moscow semula melalui Estonia Contoh tarikh keluar dan masuk adalah seperti berikut:        1st Entry  : ...

Tips Bajet Traveling - Cara Saya

Image
Apabila bercakap soal traveling ni, ramai berpendapat yang ia memerlukan bajet yang besar serta cuti yang panjang lebih-lebih lagi apabila ke negara yang kadar matawangnya lebih tinggi berbanding Malaysia. Soalan-soalan seperti "Banyaknya duit kau" atau "Banyaknya dan senangnya kau dapat cuti" memang biasa ditanyakan pada saya. Juga alasan-alasan seperti "Anda seorang single" atau "Takpelah, kau tak ada komitmen" acapkali kedengaran dan terus terang saya katakan, ia adalah memualkan. Kalau anda kenali ramai traveler lain kebanyakan mereka telah berkeluarga dan itu bukanlah alasan untuk tidak mengembara. Pendek kata, semua itu adalah kerana minat dan keinginan. Selebihnya terpulang pada usaha anda sendiri. Ini ada sedikit tips yang boleh saya kongsikan, mengikut cara dan pengalaman saya yang tidak seberapa ni. Ramai travelers lain yang hebat-hebat juga mempunyai cara mereka sendiri. 1. Kenalpasti Destinasi Anda Penting u...

A Great Birthday Present at Saint Petersburg

Perjalanan dari Moscow ke Saint Petersburg memakan masa selama 8 jam dengan menaiki keretapi malam. Sengaja aku pilih keretapi malam supaya dapat menjimatkan masa perjalanan dan kos penginapan untuk satu malam. Suhu di luar kira-kira 2 darjah celcius. Kami tiba di St. Petersburg keesokan paginya kira-kira jam 7 pagi. Tanpa membuang masa, kami mencari loker berkunci yang disediakan di stesen keretapi utama St. Petersburg. Selesai menyimpan bagasi dan membeli sedikit makanan di kedai serbaneka berdekatan, kami menikmati kopi panas yang dibeli di mesin vending. Terasa sangat nikmat. Seterusnya, kami terus menuju ke Palace Square di tengah-tengah kota St. Petersburg di mana ia merupakan tempat berjumpa bagi Free Walking Tour yang kami tempeh sebelum ini. Seorang lelaki telah sedia menunggu kami sambil memegang sepanduk “Free Walking Tour”. Orangnya tinggi, fasih berbahasa Inggeris dan namun agak kurang dengan senyuman. Free Walking Tour ini adalah percuma. Sekiranya anda berp...

Moscow and St. Petersburg - A 'Great' Birthday Present (Part 1)

Image
Moscow and St. Petersburg - A 'Great' Birthday Present (Part 1) April 25, 2016 | Adiek Sarah It has been a while since our last post. Previously, we have shared about the Russian Visa application. In this entry, we would like to share our 10 days experience visiting Moscow and Saint Petersburg in Russia, Helsinki in Finland, and Tallin in Estonia. We flew using Vietnam Airlines with extremely cheap and worth of price. Only RM1,400 return ticket from Kuala Lumpur to Moscow, Russia and stopover at Ho Chi Minh City for both ways. I would skip our part in Ho Chi Minh City. The temperature was around 8 degree centigrate in Moscow when we first arrived at Demodedovo Airport on 8th November 2015. As an international airport, the airport still have English signboards that enable us to read. The passport counters were confusing, not sure whether we were queing at the right lane or not. We needed to ask a lot of people for that. We first...