Tips Visa ke Rusia: Double Entry
                Ramai yang memilih untuk memohon Single Entry Visa ke  Rusia daripada Double Entry Visa kerana ia lebih mudah dan kurang  memeningkan. Di sini saya ingin kongsikan cara-cara memohon double entry  visa ke Rusia. Apa yang anda perlukan ialah:     1. Wang   2. Kesabaran   3. Kesabaran   4. Kesabaran     Ya, anda perlukan wang dan kesabaran kerana ia akan  sedikit memeningkan anda. Anda perlu merancang perjalanan keluar masuk  anda. Tidak ada istilah meredah apabila melibatkan visa ke Rusia. Baik,  mari kita lihat satu persatu apa yang anda perlukan dan bagaimana  caranya:     1. Tiket keluar dan masuk     Tiket penerbangan atau train bagi setiap keluar  masuk. Contoh: Saya membeli tiket penerbangan pergi balik dari Vietnam  ke Moscow. Say juga membeli tiket train ke Helsinki setelah tiba di  Moscow dan membeli tiket masuk ke Moscow semula melalui Estonia    Contoh tarikh keluar dan masuk adalah seperti berikut:           1st Entry  : ...