Wonderful Moment Towards Becoming a Scuba Diver!
Pengalaman melakukan aktiviti snorkelling di Pulau Redang, Terengganu setahun lagi menyebabkan saya jatuh cinta pada hidupan laut. Cantik, indah dan menakjubkan! Itulah yang dapat saya gambarkan apabila melihat ikan-ikan dah terumbu karang yang kelihatan begitu cantik di dasar lautan. Pengalaman tersebut telah menimbulkan minat saya yang mendalam untuk kembali melihat hidupan laut tersebut. Kali ini saya tekad mahu turun jauh ke dasar supaya saya dapat melihat dan menyentuh mereka dengan lebih dekat lagi. Atas sebab itulah saya mahu mengambil lesen Open Water Course - Scuba Diving.
Setelah perbincangan bersama rakan-rakan yang turut menyimpan minat yang sama, kami membuat sepakat memilih Fisherman Divers, Kg. Salang, Pulau Tioman sebagai pusat Scuba Diving kami. 14 – 17 Mei 2011 adalah tarikh aktiviti scuba diving kami Kg. Salang, Pulau Tioman, Pahang Darul Makmur.
Check in di Salang Resort dengan bilik yang hanya RM60 semalam untuk 2 org, bilik kipas dan menghadap laut skit. Kira ok la tu. Kami menukar pakaian dan bersedia untuk memasuki kelas. Dimulakan dengan tayang video dan disusuli dengan aktiviti snorkelling di Salang Bay. Kami hanya dibekalkan mask, snorkel, fin dan juga memakai wetsuit. Seterusnya kami diperkenalkan dengan dive equipment yang akan digunakan pada petang tersebut.
Hari pertama diving, agak mencabar bagi kami disebabkan masih belum biasa menyelam ditambah pula dengan arus yang agak kuat. Tapi lega semua dapat melaluinya dengan baik. Malam tersebut kami menyambung semula tayangan video sambil menjawab Question Review yang terdapat die bahagian belakang setiap tajuk.
Hari pertama diving, agak mencabar bagi kami disebabkan masih belum biasa menyelam ditambah pula dengan arus yang agak kuat. Tapi lega semua dapat melaluinya dengan baik. Malam tersebut kami menyambung semula tayangan video sambil menjawab Question Review yang terdapat die bahagian belakang setiap tajuk.
Final Exam Results! |
Tentang makanan, terdapat banyak pilihan di Kg. Salang. Pengunjung berhak memilih kedai mana yang mereka ingin kunjungi bergantung kepada bajet dan selera masing-masing. Harga makanan boleh dikatakan harga pulau, tetapi kuantiti yang disediakan agak banyak sehinggakan ada di antara kami yang berkongsi makanan.
Salang, Tioman, Malaysia
berminatnye nak diving. tapi xpandai berenang. sobs
ReplyDeleteFYI, i tak pandai berenang pun..hehe
Deleteserius? ok. diving mesti mau. hehehehe
Delete